Translate

Saturday, December 24, 2011

hi sunshine

Assalamualaikum semua :)

alhamdullilah syukur yuni masih lagi berjodoh dengan kms nan indah bagi meneruskan pengajian di semester 2 sesi 2011/2012..syukur alhamdullilah..walaupun results yg diperoleh bukanlah seperti yang diharapkan saban hari..tapi cukuplah untuk menjamin keberadaan yuni di kolej ini. usaha perlu dipertingkatkan lagi,doa mesti seiring dalam menempuhi dugaan dan cabaran yang menanti. lama sangat dah rasanya yuni tak kemas kini kan blog yuni..last update pun after kakom..kire dah season betul lah..well,yuni bukan merajuk ke ape..cuma dalam waktu itu,im quite busy managing my time to my new chapter on my life..tak nak lah tersungkur lalu terdampar buat kali kedua..sejarah pasti berulang if kita tak ambil langkah berjaga-jaga..jadi i have to set  my time betul-betul and back to basic on why i am here. 

hai sunshine..bye stormy..

SIBU..the "thing" take keep putting a smile on my face.. satu pertemuan yang tak pernah dijangka kan..satu jalinan persahabatan yang tidak pernah terlintas di fikiran akan terjalin..kini terjalin jua..menyinari diri ini dengan cahayamu yang sirna..terima kasih sahabat!

senyuman mekar itu kembali menghiasi wajah ini yang dulu suram menanti pelangi tatkala ribut datang menyergah dasar hati. seketika tadi, ku lihat kau wahai ribut empunya badan tapi kau langsung tidak berpaling apatah lagi datang menyapa aku..kau menghilangkan diri tanpa kata,tanpa nota. mujurlah sang matahari datang menyinari diri ini untuk mengembalikan kehangatan diriku yang dingin kesejukkan angkara menunggu dirimu yang umpama menunggu kucing bertanduk. resah dihati yang terbuku diluah pada sang mentari..seumpama mengerti apa yang dirasai lantas kau terus memyokong diri in tanpa gusar. 
 bukan cinta bukan jua sayang..cuma keprihatinan seorang sahabat. itulah tajuk bagi ikatan si hati dan sang mentari. setia disisi meski sibuk..menghadirkan diri buatku..terima kasih!

kawan-kawan ku..cu'ha si cantik ladybird dan ili si comel meow meow..menyokong terus dari belakang. suka duka dikongsi bersama..konflik yang kadangkala hadir menggugat tapi pantas ditepis demi keberlangsungan sebuah ikatan ukhuwah yang dibina dengan ikhlas tanpa mengharap belas. 
segala buruk mu ku jaga agar mereka yang lain melihat baik sisi mu..menyayangi mu sahabat..


dalam diam aku menilai..memerhati setiap perlakuan insan di bumi ini..ada yang melucukan,sadis dan ada juga yang mampu mengetarkan hati dan jiwa melihat kesungguhan setiap mereka yang terlukis di kanvas muka dalam mencapai apa yang diinginkan..halal haram sudah tidak dipeduli..habuan yang menjadi idaman hati itu lebih penting..masya-allah..apa sudah jadi pada kita semua? dunia makin tenat dari setiap detik tapi kita masih enak bersuka ria umpama hari itu lambat lagi mahu datang menjenguk kita padahal kita semua tahu dan sedar bahawa hari itu datang tanpa khabar..tanpa salam..terus datang tanpa kita mampu meninggalkan pesan pada mereka yang mengasihi kita..sedarlah insan..jauhkan diri ini dan insan lain dari kemungkaran dan pulanglah kembali pada cahaya yang benar..


masih belum terlambat dan tiada kata atau istilah terlewat apatah lagi tidak layak dalam berubah kearah kebaikan..tiada had umur..tiada had masa dan had pangkat darjat dalam soal ini..sesiapa saja mampu melakukan nya..ambillah langkah mu dari saat ini. mudah-mudahan penghijrahan kita kali ini membuahkan hasil yang memberangsangkan pada kita dan mereka yang dekat kita..jadilah diri ini sebagai contoh pada mereka dalam melakukan perkara kebaikkan dan bukannya kejahatan..tidak ingin dan tidak rela rasanya diri ini bersubahat menanggung saham yang pasti diadili dengan saksamanya di hari itu.


No comments:

Post a Comment