Translate

Sunday, July 22, 2012

POSISI JERAWAT PETANDA TUBUH TIDAK SIHAT!


Posisi Jerawat Petunjuk Kepada Kesihatan Seseorang

Hiasan
Oh..Tidak! Jerawat. Kebanyakan orang pernah naik jerawat di muka tidak kira besar atau kecil. Kalau tengok cermin mesti tidak sah kalau anda tidak belek-belek muka, nampak jerawat mulalah rasa sakit hati dan geram kan? Itu perkara biasa.
Ada setengah orang cakap jerawat ini menyusahkan dan memalukan bila sudah naik banyak-banyak di muka. Sampai ada yang sanggup tidak mahu keluar rumah bila muka berjerawat. Betul ke? Tapi jerawat tak boleh dibiarkan sebabkan kesannya sangat teruk.Tapi tahukah anda posisi jerawat boleh memberi petunjuk ataupun isyarat tentang kesihatan kita walaupun bukanlah secara menyeluruh? Menarik bukan? Jom teruskan membaca info dibawah.

Jerawat kat DAHI

Haba badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak baik menjadi punca kepada naiknya jerawat kat dahi kita. Orang yang ada jerawat kat dahinya selalunya memiliki sifat panas baran.
Untuk menghindari, dinasihatkan supaya menjadikan amalan untuk tidur awal serta bangun awal. Selain itu pastikan dapat tidur yang cukup dan minum air banyak.

Jerawat kat HIDUNG

Kalau jerawat di batang hidung, ianya bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Jika ianya di hujung hidung mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal.
Dan jika di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai masalah.

Jerawat kat DAGU

Kalau jerawat tumbuh di dagu pula, berkemungkinan fungsi buah pinggang telah terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita yang mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

Jerawat kat PIPI

Jika jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar seperti dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. Jika di sebelah pipi kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan tidak normal.

Jerawat kat BADAN (Belakang dan Depan)

Bagi jerawat yang tumbuh di belakang atau depan badan ianya memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah, seperti terkena sembelit. Dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
Nampaknya ada yang terus menghadap ke cermin untuk melihat posisi jerawat anda. Walaubagaiman pun artikel yang dikongsikan ini adalah sekadar rujukan sahaja. Untuk mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai tahap kesihatan, anda perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat doktor.

P/S: Tips untuk kulit sihat

Anda dinasihatkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari. Ini akan membantu anda utk menyeimbangkan suhu badan dan membebaskan toksik yang tidak dikehendaki daripada tubuh badan kita. Ia juga membantu pelawasan.

cabaran ramadhan!!

assalamualaikum ya ukhti sekalian.
semoga dirahmati dan diberkati oleh-Nya..

alhamdullilah diriku ini masih sempat meraikan ramadhan tahun ini. syukur!

bila direnungi kembali masa lalu, setiap kali ramadhan datang menziarahi,diri ini pasti dilanda dugaan terutama sekali dari segi kesihatan. tidak pula ingin merungut,kata ummi inilah salah satu cara untuk menghapuskan dosa-dosaku yg tidak terkira banyaknya itu. kesakitan yang diberi adalah satu ujian buat ku untuk menguji tahap keimanan ketaqwaan dan kesabaran aku..untuk melihat sejauh mana aku mampu bertahan dengan ujian yg kecil ini. kalau tahun lepas diri ini undergo major operation di bahagian mulut..lalu tahun ini,di beri pulah ujian di bahagian mata..naik ketumbit..

this is my 1st time ketumbit..perit pedih gatal hanya DIA yg tahu. Ya Allah,kau angkatlah penyakit ku ini.


it's getting bigger now..picture taken today this morning 




skip jap : target for my ramadhan.

last year my ibadah for ramadhan wasnt good enough. selalu alhamdulilah khatam satu al-quran tapi last year i failed to khatam. so, i need anjakan paradigma! yes,sangat perlu!!

so...my target will be ~~

1. jaga my solat!

2. khatam alquran INSHA'ALLAH

3. hafal makna2 bacaan dalam solat

side target,hehe:

1. kurus kan badan ehem2..to S shape.
2. taking care of y skin more,no more zits and scars..



ayuhlah wahai sahabat2 ku berubah kearah kebaikan..sesungguhnya bulan ini adalah satu bulan "training centre" untuk mengembalikan hati kita semua kepada fitrah. bulan ramadan adalah satu bulan bulan tarbiyah.

bulan untuk kita menundukkan nafsu kita. satu bulan peralihan buat kita semua untuk melahirkan dan meningkatkan ketaqwaan kita. INSHA'ALLAH!!

human change for better.

tolak jauh2 setiap segala sikap mazmumah dan tanamkanlah diri untuk menyemai budi pekerti dan nilai mahmudah dgn sebanyak2nya!


#setiap perubahan itu pasti ada cabarannya. kesusahan yang dilalui pasti akan berakhir,yakinlah pada tuhan mu yang MAHA ESA! sesungguhnya, dalam setiap kesulitan itu pasti akan ada kesenangan. insya'allah!

semoga berjumpa lagi