Translate

Sunday, December 1, 2013

Andai hatiku bersuara...

Sayangku...

maafkan diri ini jika apa yang bakal aku luahkan bakal mengguris jiwa mu.

aku mencintaimu.. tapi aku juga keliru. aku keliru dengan perasaan ku sendiri. bukanlah aku tidak yakin akan ketulusan cintamu.. cuma aku, tidak pasti akan hati ku sendiri.

kau, kau telah memberikan yang terbaik untuk diri ini tapi..

kala ini, aku menyayangi mu tetapi aku juga menyayangi dirinya. bukanlah aku tidak cuba untuk menghapuskan perasaan yang kian bertapak kukuh dalam hati ini buat dirinya.. tapi aku tidak mampu..

aku kecewa, aku kecewa dengan diri aku sendiri.

bukan kemahuan diri ini untuk menduakan kasih sayang..


sayang..

cinta masa silammu kini seolah-olah cuba untuk merebutmu kembali.

sungguh aku risau, risau akan kehilangan mu.... tetapi, aku juga berasa simpati terhadap diri itu yang meraih perhatian kasih sayang darimu.

tidaklah aku menyatakan kerelaan untuk berkongsi kasih apatah lagi berkorban kasih. cuma...

jika engkau mampu merubah dirinya menjadi seorang insan yang lebih baik..ada baiknya untuk aku berundur.



No comments:

Post a Comment