Translate

Saturday, September 14, 2013

found this and i give it a try. hihi

Anda Gigih (Striver)

Anda bercita-cita tinggi dan fokus. Anda suka berkongsi pengetahuan dan kemahiran anda dengan orang lain, dan anda tidak takut menjadi tumpuan.
Anda menetapkan standard yang tinggi untuk diri anda dan orang lain dan sentiasa menumpukan perhatian untuk mencapai matlamat anda. Dan apabila anda teruja tentang sesuatu, anda mempunyai keyakinan dan semangat untuk memberi inspirasi kepada semua orang di sekeliling anda untuk turut terlibat.
Anda merupakan pencapai semula jadi, maka tidak hairanlah perkara-perkara dalam hidup anda kelihatan jelas dan teratur. Anda pastinya mempunyai idea yang tepat. Sikap dan mentaliti positif sepanjang masa!
Kehidupan adalah tentang membuat pilihan. Jangan lupa untuk terus teruja dengan segala kemungkinan dan potensi di luar sana dan bukannya mendesak untuk mengetahui "jawapan" sepanjang masa. Ia merupakan jalan yang panjang, penuh kelainan dan berliku-liku, oleh itu daripada menjauhi perjalanan tersebut, tempuhinya dan nikmati segala rintangan yang anda hadapi. Cabar diri anda untuk mencuba pengalaman baru dan menikmati kehidupan sepenuhnya. Tetapi anda juga perlu ingat yang anda tidak boleh berasa yakin dan ceria sepanjang masa. Kadang kala ia sama sekali tidak mengapa untuk mengalihkan tumpuan dan melihat ke dalam diri anda. Malah, kami amat menggalakkannya!
Anda memahami akan pentingnya persahabatan baik. Ia merupakan salah satu daripada perkara berharga yang anda ada dalam hidup anda. Pastikan anda merebut setiap peluang yang anda ada untuk meluangkan masa dengan teman-teman baik anda, kerana mereka merupakan sumber inspirasi dan keselesaan untuk anda.
Apabila tiba masa untuk berehat yang anda sewajarnya nikmati, anda suka bergiat aktif. Sama ada mengetuk turapan jalan atau pergi ke hutan, mengambil sedikit masa untuk menggerakkan otot-otot anda boleh membantu anda berada dalam keadaan yang terbaik.
Anda melihat kehidupan sebagai acara maraton dan bukannya acara pecut, dan cenderung untuk berfikir dari segi aspirasi jangka panjang. Anda seorang yang rajin, dan suka melihat hasil daripada segala usaha anda terbentang di hadapan anda. Anda seorang yang seimbang dan fokus, dan membiarkan motivasi anda mendorong anda untuk berjaya. Sekali-sekala, jangan lupa untuk memanfaatkan hidup anda - berbelanja untuk sesuatu yang boleh menggembirakan anda!