Translate

Sunday, January 19, 2014

da parfum le parie..

assalamualaikum!



a very short entry.

awopp awopp.. nak minta mende nihh..

SAYA NAK HADIAH BIRTHDAY SAYA PERFUMESSSS BOLEH?

TQ.

sebab saya rasa macam comel je..macam kiutmiut je kalau collect parfum bebanyak.. macam anggun je macam currlasss je bentuk bentuk botol dia. errrmmm, MENGGIURKAN! mihmihmih.

kbai,nak parfum tau!


Thursday, January 16, 2014

Allah tak sayang kita??


Assalamualaikum..


biasalah.. org yg dah ada anak akan jadi tempat luahan =.="
“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…"
Al-Baqarah: 286
Akan ada yang berkata.. "usah fikirkan, ini hal furu'.. percaya pada jodoh dan ketentuan"
tidak kurang juga.. "akhi.. akhi under tarbiyah, tak kan hal-hal macam ni pun jadi kes?"
tidak lupa.. "orang sedih pasal ummah.. ko sedih pasal perkara macam ni?"

sesungguhnya, mulut senang bercakap, tangan pantas menaip, otak mudah melontar pendapat..

hakikatnya..

empunya badan yang menanggung..
ujian diturunkan berbeza-beza ke atas setiap hamba, 
ada yang mudah memanjat, mungkin lemah berenang.. 
ada yang mahir terbang, mungkin lambat berlari..
ini sebahagian dari ketentuan Al-Baari’
kita hormat jihad yang mereka lalui..

atau mungkin juga Al-Hakam ingin menghapus dosa kita dengan turunnya ujian..
apa yang pasti, Allah rindukan rintihan hambaNya dalam setiap ujian..

"tapi aku dah doa tiap-tiap hari.. tiap-tiap kali habis solat.. kenapa Allah tidak makbulkan?"

bayangkan ketika kita kecil.. kita ternampak pisau di dapur..
sebab pisau tu berkilat, shiny, anggun, plus kita selalu nampak mama main dengan pisau tu..
kita jadi tertarik..


lalu kita hampiri pisau tu dengan penuh harapan..

tapi bila kita almost grab the knife, mama kita sempat capai dulu dan sembunyikan..


kita? kita akan menangis, merayu, mengamuk kat mama sebab kita nak sangat pisau tu..

sebab apa? sebab kita bodoh.. ehem... sebab kita jahil (sopan sikit ayat tu teme...)



adakah mama kita buat macam ni sebab tak sayang?

bahkan dia lebih tahu dari kita akan bahaya yang kita tak tahu pada waktu tu..











i know that feel bro....

i know...

itulah Allah kita.. Allah akan beri yang terbaik untuk kita, bukan yang menghancurkan kita.. Alhamdulillah

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”
Al-Baqarah : 216
Allah itu tidak kedekut..
kerana Dia lah Al-Wahab...
Dia lah Ar-Razaq..
cuma pemberiannya mengikut keperluan kita..
Dia Al-Muqit..

Allahualam...

CINTA , NAFSU ..TAUBAT



Dalam sebuah hadis, diriwayatkan tentang seorang
penjahat yang ingin bertaubat. Ia masuk ke masjid.
Ketika itu Rasulullah S.A.W sedang mengimamkan solat.
Setelah menunaikan solat mereka berbincang-bincang dan
penjahat yang ingin bertaubat itu mendengar Rasulullah
S.A.W berkata, "Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu
yang haram maka akan memperolehinya ketika sudah
halal."


Setelah Rasulullah S.A.W dan para sahabat bersurai,
pemuda itu turut meninggalkan masjid. Hatinya masih
ragu untuk mengutarakan taubatnya. Namun ucapan Nabi
tadi amat terkesan di hatinya.


Malam pun menjelang. Suasana yang sering menggoda
dirinya untuk melakukan keburukan. Tiba-tiba dia
berhasrat untuk merompak salah sebuah rumah yang
dihuni oleh seorang janda. Ternyata di rumah janda itu
terdapat banyak makanan yang enak dan pasti mengundang
selera. Ketika dia sedang memulakan suapannya
tiba-tiba dia teringat kata-kata Rasulullah S.A.W.
siang tadi. Akhirnya dia tak jadi makan.


Tatkala beranjak ke bilik ke bilik lain, dia menjumpai
perhiasan dan wang yang banyak. Dan ketika dia hendak
mengambilnya, sekali lagi dia teringat kata-kata
Rasulullah S.A.W. Lalu dia membatalkan niat jahatnya.
Setelah itu dia masuk pula ke sebuah bilik yang besar.
Didapatinya janda mu'minah itu sedang terbaring tidur
dengan lenanya. Apabila ternampak wajah janda yang
cantik dan rupawan itu, dia tergoda dan bermaksud
untuk melampiaskan nafsunya. Namun tiba-tiba dia
teringat kembali kata-kata Rasulullah S.A.W tadi.
Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu yang haram ia
akan memperolehi barang tersebut ketika ia sudah
halal.


Akhirnya, sekali lagi beliau membatalkan niat
jahatnya. Lalu dia pergi meninggalkan rumah itu dengan
hati yang lega kerana mampu mengalahkan nafsunya.


Fajar mula menyinsing. Penjahat tadi pergi menunaikan
solat subuh di masjid. Kali ini dia bertekad, dia akan
bertaubat di hadapan Rasulullah S.A.W. Setelah solat,
beliau duduk menyendiri di satu sudut masjid, merenung
kembali peristiwa yang baru dialaminya malam tadi. Dan
menghitung betapa besar dosanya andai perbuatan itu
dilakukan.






Ketika matahari terbit datanglah seorang wanita ke
masjid dan menceritakan kepada Rasulullah S.A.W.
kejadian semalam di rumahnya. Walaupun tiada barang
yang hilang namun beliau khuatirkalau-kalau pencuri
itu datang menyelidik semalam dan akan datang lagi
malam nanti. Wanita itu juga memohon kepada Rasulullah
S.A.W. agar sudilah mencarikan seorang yang sanggup
menjaga rumahnya. "Kenapa kau hidup sendirian?" tanya
Rasulullah S.A.W padanya. Wanita itu menjawab bahawa
suaminya telah meninggal dunia.


Rasulullah S.A.W mengarahkan pandangannya kepada
seorang yang sedang duduk menyendiri di satu sudut
masjid. Rasulullah S.A.W bertanya pada lelaki tersebut
(penjahat tadi), adakah beliau sudah beristeri?


Setelah Rasulullah S.A.W mengetahui bahawa lelaki itu
telah kematian isterinya, maka baginda menawarkannya
seorang calon isteri. Lelaki itu terdiam begitu juga
janda yang mengadu tadi. Mereka sama-sama malu. Tetapi
Rasulullah S.A.W yang arif kemudian mengikat kedua
insan itu menjadi suami isteri yang sah. Dan, pecahlah
tangis lelaki itu, lalu diceritakannya kepada
Rasulullah S.A.W peristiwa yang sebenarnya, dan bahawa
pencuri itu tidak lain adalah dirinya sendiri.


Wanita itu keluar dari masjid dari masjid diiringi
lelaki yang kini telah menjadi suaminya. Mereka
berjalan beriringan menuju rumah yang malam tadi
hampir dicerobohinya. Disana makanan-makanan yang enak
masih utuh seperti yang dilihatnya malam tadi. Bezanya
sekarang, makanan itu sudah tidak haram lagi. Maka
tanpa ragu-ragu makanan itu disantapnya.


Wang, emas dan perhiasan yang hendak dicuri, kini
sudah menjadi miliknya yang halal. Bahkan dia boleh
menggunakannya untuk berniaga, tanpa haram sedikitpun.
Sementara wanita cantik yang hampir dinodainya
semalam, kini benar-benar sudah menjadi isterinya...
berkat kemampuannya menahan nafsu syaitannya.


Lelaki itu berbisik sendiri dalam hati, "Benarlah
sabda Rasulullah S.A.W, barangsiapa meninggalkan yang
haram maka ia akan memperolehinya ketika ia sudah
menjadi halal."






Demikian indah Islam mengajar erti cinta. Cinta yang
tidak diliputi keraguan, cinta yang menimbulkan rasa
tenteram, cinta yang menumbuhkan kedamaian, cinta yang
menyuburkan keimanan dan ketaqwaan. Cinta yang apabila
kita meneguknya akan diperolehi kenikmatan yang lebih
dalam lagi.


Marilah kita menjenguk dan menyemak hati kita.
Masihkah ada cinta di sana? Sudahkah kita mengemas
cinta kita dengan kemasan Cinta Rabbani dan memberi
label halal di atasnya? Dan sudahkah kita
menyingkirkan cinta syahwat yang akan menjerumuskan
kita dalam petaka yang berpanjangan?

Someone.

Bismillahirrahmanirrahim


Aku mahu menjadi seseorang.
Bukan orang-orang. Seseorang yang mampu tersenyum tatkala ujian menikam. Agar mereka yang lain mampu mengerti bahawa indahnya senyuman disaat teruji.

Aku mahu menjadi seseorang.
Bukan orang-orang. Seseorang yang masih bersyukur biarpun dihimpit kekurangan. Kerana aku mahu mereka merasai nikmatnya ketenangan dalam kesederhanaan.

Aku mahu menjadi seseorang.
Bukan orang-orang. Seseorang yang mampu memberi apapun. Meskipun hanya secebis harapan & senyuman. Kerana aku mengerti bahawa manusia seperti juga aku, menagih sebuah harapan & semangat dalam menuju menggapai sebuah impian.


Aku mahu menjadi seseorang.
Bukan orang-orang. Seseorang yang layak mengasihi, menyayangi & mencintai apapun ada disekelilingiku. Sehinggapun jika aku dibenci kerana aku tahu bahawa kasih sayang adalah nadi buat mereka untuk terus melangkah.

Aku mahu menjadi seseorang.
Bukan orang-orang. Seorang sahabat buat sahabatnya yang lain. Seorang sahabat yang mampu menilik 1001 rahsia kedukaan yang di pendam disebalik kerlipan redup matanya tatkala sahabatnya tak mampu bersuara.
Seorang sahabat yang bisa mendengar bisikan hati tatkala sahabatnya tak mampu berbicara walau sebaris kata. Seorang sahabat yang bisa memegang erat tangan sahabatnya ketika sama-sama meniti di atas titian menuju jannah.

Aku mahu menjadi seseorang.
Bukan orang-orang. Seorang anak buat ibu ayah & cikgu. Seorang anak yang dapat menginfakkan manfaat buat mereka di akhirat kelak. Agar kesemua mereka tergolong dikalangan hamba-Nya yang bakal mengatur langkah kebahagiaan di atas titian menuju syurga bersama sebuah senyuman ketenangan.

Aku mahu menjadi seseorang.
Bukan orang-orang. Seorang isteri buat seorang suami. Seorang isteri solehah yang bisa membawa si suami berada dikalangan mereka yang soleh.
Tergolong di dalam keramaian bapa mithali & hamba yang tawadu' di syurga nanti. Kerana aku mahu dia merasa kemanisan itu. Jika bukan di dunia, Insha Allah di syurga sana.

Aku mahu menjadi seseorang.
Bukan orang-orang. Seorang hamba yang sentiasa merasa hina di hadapan Tuhannya. Seseorang yang tidak lokek mengalirkan air mata di atas tikar keinsafan. Seorang hamba yang tak akan pernah takut untuk kehilangan apa kerana Tuhannya. Seseorang yang bila matinya nanti, mampu menghidupkan jiwa mereka yang masih bernyawa.

Aku bercita-cita menjadi seseorang. Seseorang yang Dia kenali meskipun tiada siapa pun pernah mendengar derap langkahku hatta hembus nafasku tatkala jantungku masih rapi berdegup.

Cita-cita engkau biar tinggi
Biarlah bukan hari ini
Insha Allah suatu hari nanti
Meskipun ada yang kata, 'eh, boleh ke ni??'
Ini antara aku & Ilahi.

Meskipun nanti engkau sepi seorang
Terduduk tersimpuh di atas tikar mengkuang
Walaupun tiada siapa yang datang
Ingatlah bahawa Allah tidak pernah berhenti menyayang.

Aku dihambat perasaan pedih cemburu
Cemburu pada mereka yang sudah layak menghidu harum syurga-Mu
Malu sekali  ibadahku tidak berlagu
Adakah aku layak bertemu-Mu?
Allah, terimalah aku..

Aku rindu
Rindu ingin melihat wajah-Mu
Walau hanya sekilas mampu
Wajah yang selalu bersamaku tak kira ketika aku tersenyum atau menangis sedu
Tetapi adakah aku mampu
Ya Rabbi, ampuni aku..

Biar darah jadi baja
Biar tulangku menjadi tonggaknya
Islam tetap di puncak
Biar imanku terus melonjak

Aku tegar 
Aku rela
Sekalipun aku dihenyak 

Burung-burung hijau terbang
Ruhku tenang melayang
Syurga firdausi menungguku datang 
Bidadari pun tersenyum
Merindu cumbu harum 
Di saat cinta mekarku bercantum

Pergiku tak kembali
Kerana memburu nikmat syurgawi
Itulah yang hakiki itu yang abadi
Dan ku tidak mati
Bahkan hidup dengan rezki Ilahi

Kejayaan
Kebahagiaan
Bintang syuhada yang dirindukan

Datang datanglah wahai syahid 
Dambaan mujahid
Aku relakan sakit yang sedikit

Dari tahanan sementara
Biar aku nestapa
Dan jika Dia mengizinkan,
aku mahu menjadi seseorang itu. Seseorang buat seseorang yang lain. Seseorang itu yang bukan lagi bergelar orang-orang ini yang hanya mampu bergerak ke sana & ke mari apabila dihembus angin.
Moga Allah redha.

Pengakhiran terakhir....


Orang selalu berkata
mengucap dua kalimah syahadah
di saat nafas terakhir
itulah husnul khatimah

Aku terfikir
mampukah aku?

Layakkah aku untuk mengucap dua kalimah syahadah
tatkala tugas Syahadatul Haq aku pun tak selesai?




Aku impikan kematian
di saat aku mengecap taqwa terhadap Ilahi

Aku impikan kematian
di saat amalku memuncak ke langit

Aku impikan kematian 
di saat Allah redha terhadapku dan aku redha terhadapNya

Aku impikan kematian
pada ketika ibu dan ayahku meredhai dan mengakui aku sebagai anak yang soleh

Aku impikan kematian
tatkala aku sudahpun mengumpul bekalan secukupnya

Aku impikan kematian
yang menghidupkan hati-hati di luar sana

Aku impikan kematian
tanpa hisab dek syahid di jalanNya

Aku impikan kematian
di saat tugasku sudahpun selesai

Aku impikan kematian
yang menjadi pintu yang membawaku bertemu Ilahi

Mengapakah aku impikan sebegini?
Kerna benarnya firmanNya

Setiap yang bernyawa
pasti akan merasai kematian

-END-








=.=
Wahai Tuhan kami,
matikanlah kami di dalam husnulkhatimah
dan jangalah matikan kami
di dalam su'ulkhatimah


c/p : azra's.

Monday, January 13, 2014

To : Future ........

Hallu peeps!
Jiwa kacau. Berbolak balik. Hurmm. Kenapa? Sebabnya.. I’ve been stalking  many IG lately.. the reviews and the feedbacks are really haunted me in good ways I guess. Sumpah rasa jelly-jelly much tengok all the IG sellers.  The ways how they earn moneys thru the bisnes. Like WHOAA!
Sumpah triggered my nerves untuk join le club online bisnes weyhh. i’m so into beauty products lah to be honest. Kalau dress2 macam berminat juga tapi den nak kene cari tailor. My own tailor. Which my cuz ada je yg jadi tailor tap i have no ideas kalau i can count on her. Sebab dia agak “rajin” lah nak siapkan order. Own experience okayh.. hantar dah berbulan tapi lama gila nak dapat. Pheww,such a turn off lah..  shawls plak.. hurm I really need to find the suppliers. Kalau betul den nak jual shawls and all.. I want only good for my cust. Uptodate puya design. Tamo aa jual cecorak yg den sendiri pun segan nak pakai.. all materials and all designs  pick myself only. Promised! J
And back to beauty products plak.. memang tak dinafikan yang I memang suka gilerrr dengan produk-produk spa jenis alami nih. Like I want own it all for real weyh! Mula aaar rasa macam nak nyanyi lagu “kalau aku kaya” nih kan... akan ku borong semua tenyeh kat muka badan semua
Biar flawless gituh kau.. hahaha
If people out there tertanya why lah aku beriya nak mampus nak flawless bagai.. sebab boyfie ke?? Haha.. jawapannya memang a total NO lah weyh..
               
I WANT TO LOOK GOOD FEEL GOOD FOR MY OWN SASTIFACTIONS.
 Pompuan weyhh..pompuan. Memang normal aaa nak jadi lawa gegebus semua. Ce taye mana mana pompuan yg korang jumpa. Nak ke dorang like stuck in forever ugly form? Nak ker???  Kalau hado yg stock menjawab “ alhamdullilah saya bersyukur apa adanya”.. hang p kasi penampar sedas  dua kat muka dia.  Well hello dear,  dah kalau ada solutions for uguys nak jadi lawa..peluang depan mata.. kau nak tolak kenapa? Pheww... hambik jelah.. takde sapa yang rugi pung hah kalau kau jadi lawa noks. Kau juga yang rasa bahagia.. dah kalau ada orang dok sibuk mengata kat hang kalau hang lawa.. hang buat rilek rilek sudehh.. depa jeles lettew.. hang pi lah kat depa pomote pomote sikek produk apa kau pakai. Boleh juga lah earn money.. ye dop? Kekekeke.. serampang dua mata lah bro.. hidup ini mesti mau pandai.. kalau bodoh nak amik peluang, kau jugalah yang rugi. Hidup dalam dunia penuh dengan”kau-kau” “aku-aku” nih.. kau kena pandai cari ruang nak stand-out kalau tak. Selamnya lah kau kat dasar.. kelaut tenggelam terus tak timbul timbull hoiiih.

Fuhhh.. lama dah aku perati juai-juai online nih.. aku pun hado je juai krim muka aku sendiri..alhamdullilah setakat nih feedbacks from all cust semua +ve puya.. tak dop lagi lah yg –ve. Mihmihmih.. Cuma aku takdelah juai atas talian (online) aku juai cara kampong je.. saya nih kan org kampong jaa. Lalalala.. kira cust mai amik kat umah (cod) dengan aku pos lah kat cust yang duk jejauh tuhh.
Aku lama dah tak renew aku puya logo ala.. sticker produk tuh.. duk jauh..hurmmmm.. kalau aku nak proceed  juai juai atas talian nih i need a komitmen lah kan.. tapi aku tgk ramai je yg buat keje nih part time.. lalalala..
Sure I will need a super super INTERNET CONNECTIONS weyh..  iyelah nak reply all the request fromm all the possible cust as soon as possible. Muehehe (berangan)
Tapi sungguh lah wehh.. a quick reply menunjukkan kita sgt hargai our cust. Walaupun kdg2 ada juga ragam manuisa yang perghhh annoying gilaas tapi kene adapt lah kan no matter what. Asam garam bisnes bro.. perghh cakap like an expert dah seh.  Dah mmg dulu aku penah juai2 nih semua.. aku juai krimm.. aku juai aiskrim goring aku juai pudding roti.. puas lah aku duk mengedit poster...print semua.. p tepek2 kat tiang2 yg aku jumpe.. hahaha
Siap suh adik2 aku syorkan memember dorang lagi tauu! Malu? Haha. Not in my kamus life babeh. Buek apa nak segan malu bagai. Bukannya hang duk buat keje tak senonoh. Hang menjuai je.. mende halal kut. Nak malu buek apo. Percaya atau tak, dengan cara bisnes nih kan kau boleh interact dgn people well and improved your soft skills. The ways how you manage people, treat them and all. Dalam masa sama, kau akan latih diri jadi sabar melayan all those attitudes. Percaya ke tak? Tak percaya? P aaa try sendiri. Aku dah banyak kali dah buek mende nih,so im used to it. Kalau di ikutkan cita2 aku. Aku mmg nak have my own empire. My own line. Aku tak Nampak pun “me” as an enginner bila aku grad nnty. Well people once said, tak semestinya kau amik engineering kau kene keluar keje as an engineer. Pada aku, kalau kau suka mende2 cenggini, kau Nampak jalan dia. Proceed jelah. Manusia will never stop judging and talking fellas. So ignored kan saja mereka.  Jadikan kata kata mereka as your pemangkin nak terus berjaya in this life. Aku penat. Aku penat dengan drama. Kalau bisa, aku nak hidup aku jauh dari drama. A drama-free life.
Sebab kau tak kan kemana mana kalau kau hidup dengan drama. The drama will only get you be sick!  Stay away from the drama, insha’allah selamat hidup hangpa semua.
Jaga perlakuan, jaga kata-kata.. dalam pada enak bergurau jaga lidah. Jangan sampai kata kata kita tuh mengguris hati teman yang lain. Kita semua tak dilarang untuk bergurau canda, malahan di galakkan untuk bergurau tapi berpada-pada lah sayang. Gurauan itu pengikat kasih sayang, tapi gurauan berbisa mampu merobek sebuah ukhuwah. Ingat tuh ye.
pada siapa yang suka gurau kasar tuh, kalau boleh kurangkan..kurangkan lah.. ntah lah,kalau macam aku. Aku nih jenis cepat sentap agaknya.. so aku agak kurang gemar lah dgn jenis yang suka gurau kasar nih. sebab nanti aku simpan dalam hati. Maap lah ye. Nature act. Lol... kiranya nak gurau boleh tapi try to avoid gurau yg involved  physical features semua. Rude kut. Iyelah, kalau di fikir fikir balik, kau “bahan” orang based on their look, kau sedar tak kau sebenarnya mempertikaikan ciptaan DIA?
So hati hati lah dalam setiap langkah kita ye people. Aku nih bukan lah baik mana, bukan sesempurna mana. Sama je macam uguys semua. Dalam proses nak belajar be better, jadi lebih baik. Siapa yang tak mahu pemgakhiran dia dalam keadaan yang baik? Semua orang yg namanya islam itu impikan pengakhiran yang baik. Aku percaya itu. Tapi kita kenelah usaha. Usaha untuk kearah itu. Ini hidup asyiklah sibuk amik tahu hal orang. Dalam hati penuh dengan hatred bagai. Apa guna?
Insha’allah, target aku..aku nak jaga lidah. Kalau rasa aku tak perlu nak bahaskan something, aku akan diam. Sebab kalau apa yang aku bakal kata kan akan buat keadaan makin worse. Lebih baik diam.

Kan dah tak pasai lari topic. Topic nak citer pasai semangat aku nak start online bisnes. Tak pasai lah aku duk merapik hah bebel bagai kat sini. Maaplah.. terlaju plak typing sekarang.. in mood kut. Muahahaha..

Ok lah, aku rasa cukuplah saya sini saja aku bertinta.. lain masa nanti aku beborak lagi ye? Ouh yes.. blog aku nih bukanlah blog sepemes maghia Elena kerr hanis zalikha (keknis) kerr  semua. Just a plain blog yang menceritakan apa aku rasa. Bila aku menulis, aku seolah olah jujur pada diri aku sendiri. Aku luahkan apa yang aku pendam. Tapi ada jugalah yang aku simpan ketat ketat dalam hati. Almaklumlah.. tak semua bende kita kene cerita.. kekadang ada baiknya kita simpan sensorang simpan bawa masuk kubuq.  Tak semua orang baik bro. Kadang kadang orang yang kita Nampak baik, itulah yang paling kotor hudus gila hatinya. Bertalam talam mukanya. Appearences seriously don’t show their kindness. Sebab few people just hiding in the shell of  kindness to hide their evilness. So beware my dear darlings. Fake people are everywhere!
So don’t be one, don’t low yourself to just be one of them. Last but not least.. im sorry if ada my words hurts anyone feelings. Not meant to. Okay? Are we good? Yes we are! Hehehe

Almost maghrib now, i think i shud stop writing. Till we meet again.

Xoxo, YUN.


Saturday, January 11, 2014

angan angan mat jenin...

Assalamualaikum people! How’s your day? Is it a productive one  or nope? Mine is just okay..
I woke up late this morning. 9 something (like usual actually) hurmmm..
It’s been awhile I didn’t blog. It is not because I have no time to blog but I been struggled head to toe managing my reality life out there.

The final weeks aren’t over yet. I still get myself a paper to be done. Haihh (big sigh) the gap is away too long till I just “lagho”..
But that is not my topic today.. Or in the other words it is not the reason why I blog today.
When I woke up this morning, doing my routine... go to the toilet and all... I was been thinking about my future.  About  what I wanna do. Did I tell you people that I just love to clean up room? Well well... since I’ve been studied here. I spent not much time at my house. I used to clean my room till the room is dust-free and hair-free and also free from others stuffs. Just mine (my room my stuffs rules) but now.. Felt like the room is a hotel room.. no longer mine. Ummi put loads of their stuffs in the room. Full of dusts and hairs..  uhh, I just can’t see that. Totally makes me sick!
Re-style, re-decorating.
The words that always had been there in my mind. Jealous much detected once I stalked the other people room. Neat and tidy. Elegant and awesome. I want one !

What I really want to do right now is, I want to get rid all of my old stuffs especially on my clothes donating to the needy or just simply open a table in front of the house and sell it to the people. Many of my clothes I no longer wear it. Why? I grown up people, my body can’t fit all those wear anymore.
Sayang? Of course I do felt “sayang” to give away my stuffs. I create memories with ‘em. Each of ‘em had stories. But rather than I keep it rotten in my wardrobe it is better for me to do something good with it. Am I right?
I had a dream. A dream to turn my room into my very own world. Hihi
I wanna change the curtains. Instead of using curtains I wanna try scarfs as my windos  cover . can you people have the idea how? Hurmm.. i will draw the idea for you but DO NOT LAUGH okay! I’m not an artist so the drawing might be suck, hahahaha :3

I wanna  re-paint the wall. And attach pictures on it as the decorations. Pictures of my lovely people. People that I loves.
Load of works to be done and I really need to put my ass in pain working  on it. Lalalalala... who’s in? Let me know, we can do this together. Hohoho (with no payment opkos) lalalalala..
Then.. We go to the house next. In my house, I’ve hundred of books. In all genres since papa just love to buy books. That’s why I love to read books and make myself as the tokoh nilam during the high school.  Lol !
I was a debater back then, so it is a must for me to read. To increase my knowledge to improvise my grammar.  Upgrading my vocabularies. Sound very nerd right? Being nerd is not harm. Haha
But students nowadays are too shame to be claimed themselves a nerd person. Nerd in study is okay people but don’t be nerd in life. You’ll be a puppet of irresponsible people. You fail to defence yourself. Till suicide is the only option you think you have which is NOT TRUE!
Hehh.. bodoh amat seh sapa yang gantung diri itu.
Back to track !!
Ummi and papa just love to collect books of me and my siblings . our homework books when i was in elementary school to high school and now. Heh.. (makan space kot) and none of us will use that books ever again. So why don’t we just send it away to recycle bin.
If you guys know me in the reality world. You’ll definitely know I much I love to shop and collect all those cute stuffs.. Same goes to my parents. I think it is my blood. Lalalalala ...  so please don’t be mad at me. Hihi (doing my puppy eyes)
In order to make my dream comes true. I will need lot of hands to help. Would you people help me??
Me is hungry now so me is shutting down my lappy now. Hoohoo.
I don’t think that my stories and connected to each others. Arghhh,maapkan saya! I had an issues of jumbling ideas here. You olang apa tahu? Kekekeke..kbai!
Thanks all from me. Xoxo!

YUN, 2014-01-12.






Wednesday, January 1, 2014

Kak Tonn ada henpong baruu..

lalala..kain pelikat..lalalala..

hamboiiih hang yun,kemain gumbira nampak?
kekeke.. well well.. mana tak happy.. paper killer dah habis jawab hoii tahun lepas (semalam, 31 dis 2013) .. kekeke.

ini hari, sudah masuk 2 january woii. i'm now,legally can throw my vote for my nation!  Jyeahhh. OSEM :)

not so happy with that number, but babe.. shall i say age keep increasing or reduce slowly by time? pick one that you think is the best. mihmihmih..

Alhamdullilah I still can hirup a fresh air of 2014. Thanks Allah!

well people well.. back to our diskusi lah kan...
i'm here tonight (early in the morning to be exact. 2:10 am (while typing this)...) just wanna share some news about me..
lalalala...

"asyik asyik pasai hang jaaaa, kami muak la"..
 huk aloh, dah kata nih belog gue, memey sah aaa cerita pasal gue je...xnak baca sudah.. p belah kanan atas sekali tuhh atas symbol "X", p sana click. end of story,you happy..i pun happy..

betul dop? hihi

semalam kannn... wa jawab MOM,manyak payah woooo.. (mom: mechanics of materials). wa sedih, wa kuciwa..

mujur la ada naimah, p ajak wa makan . wa happy again. *gosok2 perut lemak jelly-jelly* hahaha

perut level kebuncitan makin naik, tendency nak kempis tuh mcm nipis je aihh.. huhu


ahhh, peduli apa den. lantak pi lah.. nnty training kurus balik (positip thinking) kekeke

harini.. the 1st of the year start quite good for me.. uools tau tak,my dear BB sokmo hang...so gara2 itu, aku terpaksalah dgn separuh hati p beli tepong. niat dihati suci ini, ingin ku petik ipom5 jadi peneman hidupku hari-hari..
tapi ipom5 bukanlah jodoh buek ku.. jadi.......


SONY mai jadi pengganti. memula beli tuh, aku mcm konpius gila.. patut ke tak aku grab tis baby sony. tapi aku pejamkan mata and just simply bought it. frankly speakin.. i feel nothing, that kind of adrenaline yg eksaited utk beli that henpong was not there. hurmmm. tapi,saya bersyukur.

that one person told me: tak semua yg kamu mahu, kamu dapat. kadang2..kamu dapat lain utk terima sesuatu yg lebih baik dr apa yg kamu mahukan.

deep enough.

tapiiiii...mujur la.. ada org sudi belikan aku tudung.. aidijuma scarfs, my forever faveret. kekeke.. shanteks wwooo,rasa happy dapat tudung tuh lagi over dari dpt hp baru.huh!


hurmm hurmmm.. mcm nak cerita banyak tapi mcm buntu juga. memalam ni, RAM mcm slow sikek la.. harap maklum ye awopp2 sekalian...

tahun baru kompem terkenal dgn azam baru kan????


aku...tak pikir apa lagi azam utk tahun ini.. after dah habis exam.. aku dh beres semua hal.. baru la den boleh seat back and relas.. cek2 sikek apa yg kurang nak kene fix and all lah.. nak target apa semua..

slow2.. take a small steps is better than none people.


itu jelah kut nak bitau.. saya ada henpong baru. itu sahaja. kekeke..

current  mood : report teater tak hantar lagi.. final tggl 3 papers lagi. =..=' ptptn tak mansuh lagi..yuran nak claim xupdate bendahari lagi..prghhhh! gila bnyak hal nak kene setel. aduiiiiiii




tudung baru wa..kekeke
 ( selfie tuh biasa) 
sila maklum

hehe