Translate

Tuesday, March 25, 2014

Pfffftttt

Berat berat berat! Lemak lemak lemak. Fug.

Bila kau nak berambus hah? Siapa je kasi izin kau tumpang kat badan aku? Durjana kau lemak.

Aku benci kau.  Gara gara kau aku kena catu makan. Berlapar. Benci.

Tak pernah hayat aku diet. Even aku nak kurus acah acah azam nak diet. Tetap tak diet.

Dahlah kena marah berat tak turun. Nak makan benda peberet pun tak boleh. Tak sukanya!

Sunday, March 16, 2014

Serabutnya.

Aduiii. Sebenarnyakan..aku pening lah dgn hal scholar nih. Dua dua pun nak masuk ikut bank islam. Aku dh ada akaun.bank islam. Jpa pun kasi akaun bank islam semalam tapi tataulah yg lama puya atau yg baru punya. In case kalau yg baru punya..aku kena buat kad baru? Dahtu...yg lama how? Celah mana plak scholar sukan nak salur duit ke aku? Mak aih..peningnya rasa.

Allah.. Tak clash ke nanti? Hurmmm..

Moga moga dipermudahkanlah semua. Janganlah kau persulitkan ya allah.

Wednesday, March 12, 2014

Sakit gigi!

Berdenyut,kau tahu tak?!

Boleh plak dia p cuti. Suh mai ahad. Ya ampun. Eden dah nak menangis dh rasa duk tahan sakit.

Dengan panas yang amat lagi. Boleh pitam rasa.

Pastu.. Dengan hampa duit sukan xmasuk masuk lagi. Walhal dorang dah enjoy sakan dah. Wa bengang,wa bengang.

Kau nak apa lagi seh?

Prestasi akademik sukan semua aku dah bagi kut. Yg pakcik ptptn tuh.. Aku dh send email. Takde respons. Kol tak berangkat. Panas hati.

Semua bende pun xsetel apa.
Yuran asrama tak bayar lagi. Nih nak bbq bagai,baju team lagi. Duit duit duit. Arghh!

Nih yg aku rasa nak mengamuk marah org nih. Dengan training tiap hari.

Penat tahu tak penat?

Kerja gila semua. P row panas panas. Naik hitam,penat. Tangan kaki bersakat sakat kaler kulit,robek.

Dengan nak dgr yg tu bebel..yg nih bebel.

Muak. Jelak.

Aku mmg dh takde hati sangat
dh nih dgn team nih. Tolong aaa paham.

Sick people. I'm sick around with sick people.

Headshot now please. I can't bear this no more.

I can't feel me . Macam..body and soul are been apart,separated.

Ahh,sudahlah.

Tuesday, March 11, 2014

Rindu

Ummi..papa..

Kakak rindu.

Saat diri menyelak kenangan lampau..
Terdetik di hati,ahh..pantasnya masa berlalu pergi.

Senyum adik yg naif,aku rindu. Aku akui,tatkala bersama. Aku gemar menyakat mereka.

Tapi,bila berjauhan.. Ku perhati betapa kau pantas membesar adik. Gelagatmu,aku rindu.

Sidi.. Kakak rindu sidi. Sidi, terima kasih atas semua nasihatmu.

Nyamanlah dikau di alam sana,lambat laun. Kakak akan menyusul. Pasti.

Saat hari itu hadir, tiada siapa yang tahu

Papa..

Maafkan kakak.
Diri ini selalu saja mengirim kemarahan buatmu. Maaf pa,maaf.

Kau acapkali berpesan akan diri ini. Zahirnya kau lihat aku umpama tidak hirau akan butir bicaramu. Walhal tiap kata mu aku semat erat di dada.

Pa..
Kakak bukanlah anak yang baik utk papa tapi kakak cuba utk berubah menjadi insan yg lebih baik. Anak yg mampu membahagiakan papa di sini dan di sana kelak.
Pengalaman lalu banyak mendewasakan kakak.

Pa.. Saya sayang papa.

Jika ada diri ini tertinggi suara terhadapmu.. Bersikap kurg sopan.
Ku pohon agar kau maafkan anakmu ini.

Sayu hati ini melihatmu  yg dulu sihat kini tidaklah sesihat dulu. Rambut yg dulu hitam dan lebat kini makin memutih.
Sedih hati bila teringat akan berapa lama lagi waktu yang aku punya untuk bersama mu.. Membalas setiap kasih syg pengorbanan dan segalanya yg kau curah buat aku dan adik2.
Usia kita makin pendek. Apakah aku yg pergi dulu sebelum mu? Tiada siapa tahu.

Apakah aku kuat jika di takdirkan kau pergi meninggalkan kami buat selamanya. Ngeri hati ini bila membayangkannya.

Ummi..

Terima kasih kerna bersusah payah beryarung nyawa melahirkan saya. Meski dulu aku pernah menyoal mengapa harus aku dilahirkan di dunia ini. Maafkan atas kelancangan kata aku ummi.

Ummi..kau sentiasa ada. Tak pernah jemu merawat kami,anak anakmu.

Pernah satu saat kau di timpa sakit berat pada usia aku masih belasan tahun..aku cukup takut akan kehilanganmu ummi. Berbagai andaian bermain di fikiran.
Aku sendiri tidak kuat tapi aku harus kuat demi adik adik.
Betapa aku tak mampu membayangkan hidup aku tanpamu.
Saban malam tidak putus aku berdoa agar kau kuat dan kembali sihat seperti sediakala. Dan syukur,hingga ke saat ibu kau masih bersama kami. Bersama aku.

Ummi..maafkan salah silah kakak.

Bagi kakak,tiada sedikit pun cacat cela dalam pada kau mendidik aku. Silap aku,bukan kerna salahnya didikan mu..tapi kerna diri aku sendiri yg tinggi rasa ingin tahu.

Ummi..
Tanganmu ku genggam. Kasar. 
Kasar kerna kerja kerasmu dalam membesar aku.

Saat kau tidur.. Aku sering saja memerhatikan mu tanpa kata. Ingin aku rakam tiap detik yg aku punya bersamamu kerna aku sendiri tak tahu apakah ini pertemuan kita yang terakhir kali.

Aku kian dewasa dan kau makin lanjut usia. Masa kita makin pendek bersama kan ummi?

Wajahmu.. Aku rindu. Senyum tawamu.. Aku rindu.

Kakak sayang ummi.

Maafkan segala silap kakak..

Aku tak tahu mengapa..saat ini. Rindu itu seakan membuak buak.

Aku sering bermimpi yang masa aku kian tamat. Aku akan pergi dulu sebelum mu tanpa sempat berbakti. Aku takut.

Amal ku.. Masih kurang. Dosa.. Entah berapa tinggi menggunung. Allahu..

Buat adik adik yang aku cinta..

Maafkan kaknie kalau ada kaknie terpukul..tertinggi suara..termarah.

Marah bukan kerna benci. Tapi kerna kaknie tanak adik adik kaknie melalui jalan berdebu bengkok mcm yang pernah kaknie lalui. Biarlah kalian semua menjadi anak anak yg suci dan baik buat papa dan ummi.

Jadiah kalian anak anak yang mampu menenangkan ayahanda dan ibunda mu.

Jangan pernah kalian sakiti hati ummi dan papa. Tanpa mereka,siapa kita dik? Siapa?

Merekalah nyawa kita. Nadi penggerak buat jiwa ini terus hidup mengatur langkah yg kian mencabar.

Kakngah..zahin..dan adik. Maafkan kaknie.

Sungguh,aku cinta kalian.

Saturday, March 8, 2014

Haihhhhh

Aku malas dah row. Penat. Suara suara bingit membakar hati. Ahhh persetankanlah semua teknik. Aku penat. Aku bosan.

Hati tiada rasa.

Jiwa kian hilang nadi rasa. Aku cuba menepis segala emosi berkecamuk tapi gagal. Deras air mata panas itu mengalir tanpa tanda.

Panas mencium pipi.

Tiap kata berlalu sepi dibawa angin lalu.

Suara itu suara itu,bising sungguh.

Sudahlah. Kalau tiada tempat buat aku,aku malas nak memaksa diri.

Menyeksa kulit dipanahi sinar mentari terik yang kejam. Ahh!
Menyesal menerpa hati. Ku usir kerna aku tahu benar..apa berlaku itu punya cerita dibaliknya.

Apa aku masih sanggup mengharungi ceritera ini hingga ke penghujung yang tiada noktah.

Bosan. Benci.

Thursday, March 6, 2014

Gusar

Lama sungguh jemari kian kasar ini tidak menekan laju abjad di papan kekunci. Rindu.

Ya aku rindu untuk mencoret kata.

Malam kian suram--
Dan aku..masih disini dengan pemikiran terbang ke awanan pudar.

*tempek mask*

Motip? Hilang bosan mungkin..
Meski aku tahu aku maklum esok bakal berpanas terik. Tapi..aku entahlah.

Ramai yang menyelar tindakan aku ingin bercantik2.. Kalut cuba itu ini. Obses?

Mungkin ya dan mungkin tidak. Lebih kepada.. Aku suka.

Aku suka pada keindahan..kecantikkan. Kenapa?

Sebab cantik itu unik.

Pada aku.. Setiap insan itu puya indahnya dan celanya sendiri. Aku juga punya cela aku . Tidak aku nafikan. Aku bukanlah yang setiap inci tubuhku indah gebu umpama bidadari. Tidak..dan jauh sama sekali. Tapi apakah salah jika aku bercantik2 utk aku menyiapkan diri bagi hari kelak. Aku ingin pasangan aku mendaoatkan yang terbaik dari aku. Itu sahaja. Dan kepuasan diri buat aku.

Ahhh..sudahlah. Bukan ini yang ingin aku utarakan.

Aku gusar akan hal lain. Apakah kau tahu payahnya hendak mengikis rasa kurang suka kurang gemar akan sesuatu. Tatkala kau menyatakan hal yang satu itu. Aku takut..hati aku gusar. Penerimaan yang tiada siapa tahu.

Aku adalah aku. Ditakdirkan aku untuk dilahirkan di negeri itu. Bukan aku pinta.

Benci. Kurang suka.
Perasaan itu aku tidak punya kudrat atau kuasa utk memadamkannya.

Tiap insan itu punya pengalaman yang menyebabkan ia bertindak sedemikian rupa. Entahlah..aku tak tahu apa yang aku rasa.

Jujur aku senang dengan keberadaan kau di sisi. Sungguh.

Cuma.. Apakah aku layak buat kau? Terlalu banyak cela aku. Apa kau mungkin menerima aku apa adanya? Luar dan dalam? Zahir dan batin?

Aku rapuh. Ahhh..mungkin mereka menilai aku kuat.ya mungkin juga aku kuat tapi apa yg mereka tak tahu. Aku cepat memendam rasa.

Aku risau akan ketidakpastian masa depan.

Kadang terlintas di hati,mungkin aku tak layak buat sesiapa.

Bahagia aku bila melihat mereka yang bakal disatukan kerna aku sendiri belum pasti apa aku juga berkesempatan utk merasa hal yang sama. Jadi,biarlah aku turut berbahagia akan berita itu. Sungguh dia insan yang bertuah.

Walhal aku masih terkontang kanting disini mencorak kehidupab aku yang aku kadangkala penat utk membawa langkah menempuh hari hari mendatang. Masaku terhad.

Kadang mereka tidak tahu apa yang harus aku lalui. Tidaklah seronok akan diri ini melakukan sesuatu hal kerna kau terikat akannya.

Jujur.

Kebebasan aku terbatas. Riadah bersama teman lain juga tiada. Peyang aku dihabiskan di stadium..
Gaya rumah kedua aku gamaknya.

Entahlah berapa lama lagi diri aku mampu bertahan. Aku juga tidak pasti akan hal itu kerna saban hari perasaan itu kian menjauh. Aku buat..aku buat kerna amanah..bukan kerna minat. Bukan.
Buat kau,aku hargai keberadaan kau disisi. Biar seleceh apa pun ragam aku,kau masih setia disitu..memujuk dalam lembut. Memberi nafas buat aku utk terus disini,gagah berdiri.

Terima kasih.