Translate

Thursday, May 1, 2014

Sedar

Sedar aku punya banyak khilaf
Lompong sana sini
Aku bukan malaikat yang sempurna sekali imannya
Ada masa iman aku naik ada masa dan ketika turun
Namun apa yang pasti..
Aku ingin berubah
Niat itu ada dan sentiasa hidup
Aku butuh kekuatan untuk melakukan ini
Aurat ku masih belum sempurna ditutupi
Batas ku ada masa melepasi sempadan
Solat ku kdg2 kelewatan
Mulut kdg laju berkata kata
Cuma aku mohon jangan kau hakimi aku
Benar..berkata kata jauh lebih mudah dari melakukan.
Setidaknya aku cuba..
Dahulunya aku..gemar sekali berfesyen sampai aku layankan saja semua.
Jeans ketat baju kecil.

Kini,aku cuba utk tidak menyarung itu kembali. Seluar yg ada hanya ku pakai tika ke makmal dan event yang memerlukan aku bergerak pantas dan lincah.
Jika tidak aku gemar berkain saja. Benar ada ketika aku masih berlengan pendek turun ke beriadah.

Apa kau fikir,perubahan itu mudah? Jika aku ini robot, tentu mudah. Cuma perlu reset kembali programnya. Tapi aku manusia.. tiap hari aku tanam niat utk berubah. Jangan kutuk aku,bantulah aku berdiri. Aku juga ingin ke syurga.

Jika dahulunya,tudungnya tudung ku selempangkan saja ke tepi tapi kini aku cuba utk melabuhkan.

Benarlah kata orang..manusia itu tidak akan pernah melihat kebaikan yang dilakukan seseorang tapi cukup sensitif sekali sifat ambil tahunya bila ia melakukan kejahatan.

Jikalau aku bisa padam semua kekhilafan itu...

Wahai rakan taulan.. tegurlah aku dengan hikmah dan lembut.  Nescaya aku bisa hadam dan terima dgn hati terbuka. Jangan kau herdik aku.. pulaukan aku atau malukan aku dgn kata kata sinis mu.. kerna itu cuma menyemai benih benci dalam hati ini.

Juga pada rakan taulan ku.. berubah lah dengan perlahan. Paksalah dgn segala kudratmu utk tutup apa yg terbuka. Biar hati kau tak rela..biar rasa terpaksa. Lumrah suruhan itu kdg mmg terpaksa sifatnya.

Aku tidak sekuat insan lain yang mampu menegur dgn kata2.. atau punya kuasa. Aku cuma punya hati yang ingin melihat kau berubah. Berubah dgn jasad diri yg lebih elok.

Pada semua yg sudi meluangkan sedikit masa membaca coretan ini,ku pinta doakanlah aku seikhlasnya berubah ke jalan yang lebih diredhaiNya.
Akhir kalam, terima kasih

No comments:

Post a Comment