Translate

Thursday, July 10, 2014

Misi mimpi jadi realiti

Its been so long. Impian yang telah lama dipendam. Peluang itu tidak hadir dgn sendiri. Kau yg harus cari ia.

Puas aku mencari kekuatan utk melakukan ini dalam satu langkah yg lebih besar dan jauh. Malam ini, tatkala aku siap utk melelapkan mata. Minda ligat berfikir,lantas aku bangkit. Menyakinkan hati utk melakukan misi ini.

Seharian lamanya aku memerhatikan dia. Usahawan wanita berjaya. Dia cuma gadis biasa, semangat dan keberanian yg dimiliki dia buat aku cemburu. Dalam masa setahun,dia berjaya melahirkan produknya sendiri. Berdikit-dikit pada awalnya,menjual produk insan lain tapi kini dia tampil gah,mampu tersenyum senang dgn kejayaan yg dikecapi. Aku tahu benar bahwa semua itu tidak dtg bergolek kecuali kau dilahirkan dalam emas,ditatang bagai minyak yg penuh. Mau apa semua bisa dituruti. Melihat kejayaannya dia,membuatkan hati aku terdetik,jika dia bisa. Aku juga pasti bisa. Aku faham dan sedar,aku bakal berhadapan dgn pelbagai dugaan kelak,tp yakin aku siap hadapinya. Aku juga arif benar bahwa ini semua memerlukan pengorbanan. Bukan sekadar wang ringgit,tapi juga masa dan kudrat. Aku siap,aku yakin aku siap. Aku yakin rezki utk aku insha'allah ada. Bukankah perniagaan itu salah satu pintu rezki yang amat digalakkan kekasih kita,muhammad. Ada sebuah hadisengatakan bahwa "berniagalah kamu,meski kamu sudah kaya".

Persaingan itu pasti ada di mana mana,selagi kita ikhlas,sabar dan yakin akan rezki masing2,insha'allah kita juga pasti bisa boleh melakukan ini.

Ayuh laksanakan misi mimpi jadi realiti!

Thursday, July 3, 2014

Memerlukan sedikit pelaburan

Dalam nak berjaya..kita perlukan usaha. Usaha dalam bentuk yang pelbagai.

Dalam berniaga,kita kena tambat hati bakal potential customer. Tambat kasi percaya dgn keberkesanan produk kita. Hurmm..

Tiada jalan yg di ambil,sudah tentu ada kesulitan. Namun,tiap kesulitan itu punya kemudahan.

Moga diri terus kuat utk melayari jalan yg dipilih.