Translate

Thursday, January 16, 2014

Allah tak sayang kita??


Assalamualaikum..


biasalah.. org yg dah ada anak akan jadi tempat luahan =.="
“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…"
Al-Baqarah: 286
Akan ada yang berkata.. "usah fikirkan, ini hal furu'.. percaya pada jodoh dan ketentuan"
tidak kurang juga.. "akhi.. akhi under tarbiyah, tak kan hal-hal macam ni pun jadi kes?"
tidak lupa.. "orang sedih pasal ummah.. ko sedih pasal perkara macam ni?"

sesungguhnya, mulut senang bercakap, tangan pantas menaip, otak mudah melontar pendapat..

hakikatnya..

empunya badan yang menanggung..
ujian diturunkan berbeza-beza ke atas setiap hamba, 
ada yang mudah memanjat, mungkin lemah berenang.. 
ada yang mahir terbang, mungkin lambat berlari..
ini sebahagian dari ketentuan Al-Baari’
kita hormat jihad yang mereka lalui..

atau mungkin juga Al-Hakam ingin menghapus dosa kita dengan turunnya ujian..
apa yang pasti, Allah rindukan rintihan hambaNya dalam setiap ujian..

"tapi aku dah doa tiap-tiap hari.. tiap-tiap kali habis solat.. kenapa Allah tidak makbulkan?"

bayangkan ketika kita kecil.. kita ternampak pisau di dapur..
sebab pisau tu berkilat, shiny, anggun, plus kita selalu nampak mama main dengan pisau tu..
kita jadi tertarik..


lalu kita hampiri pisau tu dengan penuh harapan..

tapi bila kita almost grab the knife, mama kita sempat capai dulu dan sembunyikan..


kita? kita akan menangis, merayu, mengamuk kat mama sebab kita nak sangat pisau tu..

sebab apa? sebab kita bodoh.. ehem... sebab kita jahil (sopan sikit ayat tu teme...)



adakah mama kita buat macam ni sebab tak sayang?

bahkan dia lebih tahu dari kita akan bahaya yang kita tak tahu pada waktu tu..











i know that feel bro....

i know...

itulah Allah kita.. Allah akan beri yang terbaik untuk kita, bukan yang menghancurkan kita.. Alhamdulillah

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”
Al-Baqarah : 216
Allah itu tidak kedekut..
kerana Dia lah Al-Wahab...
Dia lah Ar-Razaq..
cuma pemberiannya mengikut keperluan kita..
Dia Al-Muqit..

Allahualam...

CINTA , NAFSU ..TAUBAT



Dalam sebuah hadis, diriwayatkan tentang seorang
penjahat yang ingin bertaubat. Ia masuk ke masjid.
Ketika itu Rasulullah S.A.W sedang mengimamkan solat.
Setelah menunaikan solat mereka berbincang-bincang dan
penjahat yang ingin bertaubat itu mendengar Rasulullah
S.A.W berkata, "Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu
yang haram maka akan memperolehinya ketika sudah
halal."


Setelah Rasulullah S.A.W dan para sahabat bersurai,
pemuda itu turut meninggalkan masjid. Hatinya masih
ragu untuk mengutarakan taubatnya. Namun ucapan Nabi
tadi amat terkesan di hatinya.


Malam pun menjelang. Suasana yang sering menggoda
dirinya untuk melakukan keburukan. Tiba-tiba dia
berhasrat untuk merompak salah sebuah rumah yang
dihuni oleh seorang janda. Ternyata di rumah janda itu
terdapat banyak makanan yang enak dan pasti mengundang
selera. Ketika dia sedang memulakan suapannya
tiba-tiba dia teringat kata-kata Rasulullah S.A.W.
siang tadi. Akhirnya dia tak jadi makan.


Tatkala beranjak ke bilik ke bilik lain, dia menjumpai
perhiasan dan wang yang banyak. Dan ketika dia hendak
mengambilnya, sekali lagi dia teringat kata-kata
Rasulullah S.A.W. Lalu dia membatalkan niat jahatnya.
Setelah itu dia masuk pula ke sebuah bilik yang besar.
Didapatinya janda mu'minah itu sedang terbaring tidur
dengan lenanya. Apabila ternampak wajah janda yang
cantik dan rupawan itu, dia tergoda dan bermaksud
untuk melampiaskan nafsunya. Namun tiba-tiba dia
teringat kembali kata-kata Rasulullah S.A.W tadi.
Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu yang haram ia
akan memperolehi barang tersebut ketika ia sudah
halal.


Akhirnya, sekali lagi beliau membatalkan niat
jahatnya. Lalu dia pergi meninggalkan rumah itu dengan
hati yang lega kerana mampu mengalahkan nafsunya.


Fajar mula menyinsing. Penjahat tadi pergi menunaikan
solat subuh di masjid. Kali ini dia bertekad, dia akan
bertaubat di hadapan Rasulullah S.A.W. Setelah solat,
beliau duduk menyendiri di satu sudut masjid, merenung
kembali peristiwa yang baru dialaminya malam tadi. Dan
menghitung betapa besar dosanya andai perbuatan itu
dilakukan.






Ketika matahari terbit datanglah seorang wanita ke
masjid dan menceritakan kepada Rasulullah S.A.W.
kejadian semalam di rumahnya. Walaupun tiada barang
yang hilang namun beliau khuatirkalau-kalau pencuri
itu datang menyelidik semalam dan akan datang lagi
malam nanti. Wanita itu juga memohon kepada Rasulullah
S.A.W. agar sudilah mencarikan seorang yang sanggup
menjaga rumahnya. "Kenapa kau hidup sendirian?" tanya
Rasulullah S.A.W padanya. Wanita itu menjawab bahawa
suaminya telah meninggal dunia.


Rasulullah S.A.W mengarahkan pandangannya kepada
seorang yang sedang duduk menyendiri di satu sudut
masjid. Rasulullah S.A.W bertanya pada lelaki tersebut
(penjahat tadi), adakah beliau sudah beristeri?


Setelah Rasulullah S.A.W mengetahui bahawa lelaki itu
telah kematian isterinya, maka baginda menawarkannya
seorang calon isteri. Lelaki itu terdiam begitu juga
janda yang mengadu tadi. Mereka sama-sama malu. Tetapi
Rasulullah S.A.W yang arif kemudian mengikat kedua
insan itu menjadi suami isteri yang sah. Dan, pecahlah
tangis lelaki itu, lalu diceritakannya kepada
Rasulullah S.A.W peristiwa yang sebenarnya, dan bahawa
pencuri itu tidak lain adalah dirinya sendiri.


Wanita itu keluar dari masjid dari masjid diiringi
lelaki yang kini telah menjadi suaminya. Mereka
berjalan beriringan menuju rumah yang malam tadi
hampir dicerobohinya. Disana makanan-makanan yang enak
masih utuh seperti yang dilihatnya malam tadi. Bezanya
sekarang, makanan itu sudah tidak haram lagi. Maka
tanpa ragu-ragu makanan itu disantapnya.


Wang, emas dan perhiasan yang hendak dicuri, kini
sudah menjadi miliknya yang halal. Bahkan dia boleh
menggunakannya untuk berniaga, tanpa haram sedikitpun.
Sementara wanita cantik yang hampir dinodainya
semalam, kini benar-benar sudah menjadi isterinya...
berkat kemampuannya menahan nafsu syaitannya.


Lelaki itu berbisik sendiri dalam hati, "Benarlah
sabda Rasulullah S.A.W, barangsiapa meninggalkan yang
haram maka ia akan memperolehinya ketika ia sudah
menjadi halal."






Demikian indah Islam mengajar erti cinta. Cinta yang
tidak diliputi keraguan, cinta yang menimbulkan rasa
tenteram, cinta yang menumbuhkan kedamaian, cinta yang
menyuburkan keimanan dan ketaqwaan. Cinta yang apabila
kita meneguknya akan diperolehi kenikmatan yang lebih
dalam lagi.


Marilah kita menjenguk dan menyemak hati kita.
Masihkah ada cinta di sana? Sudahkah kita mengemas
cinta kita dengan kemasan Cinta Rabbani dan memberi
label halal di atasnya? Dan sudahkah kita
menyingkirkan cinta syahwat yang akan menjerumuskan
kita dalam petaka yang berpanjangan?

Someone.

Bismillahirrahmanirrahim


Aku mahu menjadi seseorang.
Bukan orang-orang. Seseorang yang mampu tersenyum tatkala ujian menikam. Agar mereka yang lain mampu mengerti bahawa indahnya senyuman disaat teruji.

Aku mahu menjadi seseorang.
Bukan orang-orang. Seseorang yang masih bersyukur biarpun dihimpit kekurangan. Kerana aku mahu mereka merasai nikmatnya ketenangan dalam kesederhanaan.

Aku mahu menjadi seseorang.
Bukan orang-orang. Seseorang yang mampu memberi apapun. Meskipun hanya secebis harapan & senyuman. Kerana aku mengerti bahawa manusia seperti juga aku, menagih sebuah harapan & semangat dalam menuju menggapai sebuah impian.


Aku mahu menjadi seseorang.
Bukan orang-orang. Seseorang yang layak mengasihi, menyayangi & mencintai apapun ada disekelilingiku. Sehinggapun jika aku dibenci kerana aku tahu bahawa kasih sayang adalah nadi buat mereka untuk terus melangkah.

Aku mahu menjadi seseorang.
Bukan orang-orang. Seorang sahabat buat sahabatnya yang lain. Seorang sahabat yang mampu menilik 1001 rahsia kedukaan yang di pendam disebalik kerlipan redup matanya tatkala sahabatnya tak mampu bersuara.
Seorang sahabat yang bisa mendengar bisikan hati tatkala sahabatnya tak mampu berbicara walau sebaris kata. Seorang sahabat yang bisa memegang erat tangan sahabatnya ketika sama-sama meniti di atas titian menuju jannah.

Aku mahu menjadi seseorang.
Bukan orang-orang. Seorang anak buat ibu ayah & cikgu. Seorang anak yang dapat menginfakkan manfaat buat mereka di akhirat kelak. Agar kesemua mereka tergolong dikalangan hamba-Nya yang bakal mengatur langkah kebahagiaan di atas titian menuju syurga bersama sebuah senyuman ketenangan.

Aku mahu menjadi seseorang.
Bukan orang-orang. Seorang isteri buat seorang suami. Seorang isteri solehah yang bisa membawa si suami berada dikalangan mereka yang soleh.
Tergolong di dalam keramaian bapa mithali & hamba yang tawadu' di syurga nanti. Kerana aku mahu dia merasa kemanisan itu. Jika bukan di dunia, Insha Allah di syurga sana.

Aku mahu menjadi seseorang.
Bukan orang-orang. Seorang hamba yang sentiasa merasa hina di hadapan Tuhannya. Seseorang yang tidak lokek mengalirkan air mata di atas tikar keinsafan. Seorang hamba yang tak akan pernah takut untuk kehilangan apa kerana Tuhannya. Seseorang yang bila matinya nanti, mampu menghidupkan jiwa mereka yang masih bernyawa.

Aku bercita-cita menjadi seseorang. Seseorang yang Dia kenali meskipun tiada siapa pun pernah mendengar derap langkahku hatta hembus nafasku tatkala jantungku masih rapi berdegup.

Cita-cita engkau biar tinggi
Biarlah bukan hari ini
Insha Allah suatu hari nanti
Meskipun ada yang kata, 'eh, boleh ke ni??'
Ini antara aku & Ilahi.

Meskipun nanti engkau sepi seorang
Terduduk tersimpuh di atas tikar mengkuang
Walaupun tiada siapa yang datang
Ingatlah bahawa Allah tidak pernah berhenti menyayang.

Aku dihambat perasaan pedih cemburu
Cemburu pada mereka yang sudah layak menghidu harum syurga-Mu
Malu sekali  ibadahku tidak berlagu
Adakah aku layak bertemu-Mu?
Allah, terimalah aku..

Aku rindu
Rindu ingin melihat wajah-Mu
Walau hanya sekilas mampu
Wajah yang selalu bersamaku tak kira ketika aku tersenyum atau menangis sedu
Tetapi adakah aku mampu
Ya Rabbi, ampuni aku..

Biar darah jadi baja
Biar tulangku menjadi tonggaknya
Islam tetap di puncak
Biar imanku terus melonjak

Aku tegar 
Aku rela
Sekalipun aku dihenyak 

Burung-burung hijau terbang
Ruhku tenang melayang
Syurga firdausi menungguku datang 
Bidadari pun tersenyum
Merindu cumbu harum 
Di saat cinta mekarku bercantum

Pergiku tak kembali
Kerana memburu nikmat syurgawi
Itulah yang hakiki itu yang abadi
Dan ku tidak mati
Bahkan hidup dengan rezki Ilahi

Kejayaan
Kebahagiaan
Bintang syuhada yang dirindukan

Datang datanglah wahai syahid 
Dambaan mujahid
Aku relakan sakit yang sedikit

Dari tahanan sementara
Biar aku nestapa
Dan jika Dia mengizinkan,
aku mahu menjadi seseorang itu. Seseorang buat seseorang yang lain. Seseorang itu yang bukan lagi bergelar orang-orang ini yang hanya mampu bergerak ke sana & ke mari apabila dihembus angin.
Moga Allah redha.

Pengakhiran terakhir....


Orang selalu berkata
mengucap dua kalimah syahadah
di saat nafas terakhir
itulah husnul khatimah

Aku terfikir
mampukah aku?

Layakkah aku untuk mengucap dua kalimah syahadah
tatkala tugas Syahadatul Haq aku pun tak selesai?




Aku impikan kematian
di saat aku mengecap taqwa terhadap Ilahi

Aku impikan kematian
di saat amalku memuncak ke langit

Aku impikan kematian 
di saat Allah redha terhadapku dan aku redha terhadapNya

Aku impikan kematian
pada ketika ibu dan ayahku meredhai dan mengakui aku sebagai anak yang soleh

Aku impikan kematian
tatkala aku sudahpun mengumpul bekalan secukupnya

Aku impikan kematian
yang menghidupkan hati-hati di luar sana

Aku impikan kematian
tanpa hisab dek syahid di jalanNya

Aku impikan kematian
di saat tugasku sudahpun selesai

Aku impikan kematian
yang menjadi pintu yang membawaku bertemu Ilahi

Mengapakah aku impikan sebegini?
Kerna benarnya firmanNya

Setiap yang bernyawa
pasti akan merasai kematian

-END-








=.=
Wahai Tuhan kami,
matikanlah kami di dalam husnulkhatimah
dan jangalah matikan kami
di dalam su'ulkhatimah


c/p : azra's.