Translate

Thursday, March 6, 2014

Gusar

Lama sungguh jemari kian kasar ini tidak menekan laju abjad di papan kekunci. Rindu.

Ya aku rindu untuk mencoret kata.

Malam kian suram--
Dan aku..masih disini dengan pemikiran terbang ke awanan pudar.

*tempek mask*

Motip? Hilang bosan mungkin..
Meski aku tahu aku maklum esok bakal berpanas terik. Tapi..aku entahlah.

Ramai yang menyelar tindakan aku ingin bercantik2.. Kalut cuba itu ini. Obses?

Mungkin ya dan mungkin tidak. Lebih kepada.. Aku suka.

Aku suka pada keindahan..kecantikkan. Kenapa?

Sebab cantik itu unik.

Pada aku.. Setiap insan itu puya indahnya dan celanya sendiri. Aku juga punya cela aku . Tidak aku nafikan. Aku bukanlah yang setiap inci tubuhku indah gebu umpama bidadari. Tidak..dan jauh sama sekali. Tapi apakah salah jika aku bercantik2 utk aku menyiapkan diri bagi hari kelak. Aku ingin pasangan aku mendaoatkan yang terbaik dari aku. Itu sahaja. Dan kepuasan diri buat aku.

Ahhh..sudahlah. Bukan ini yang ingin aku utarakan.

Aku gusar akan hal lain. Apakah kau tahu payahnya hendak mengikis rasa kurang suka kurang gemar akan sesuatu. Tatkala kau menyatakan hal yang satu itu. Aku takut..hati aku gusar. Penerimaan yang tiada siapa tahu.

Aku adalah aku. Ditakdirkan aku untuk dilahirkan di negeri itu. Bukan aku pinta.

Benci. Kurang suka.
Perasaan itu aku tidak punya kudrat atau kuasa utk memadamkannya.

Tiap insan itu punya pengalaman yang menyebabkan ia bertindak sedemikian rupa. Entahlah..aku tak tahu apa yang aku rasa.

Jujur aku senang dengan keberadaan kau di sisi. Sungguh.

Cuma.. Apakah aku layak buat kau? Terlalu banyak cela aku. Apa kau mungkin menerima aku apa adanya? Luar dan dalam? Zahir dan batin?

Aku rapuh. Ahhh..mungkin mereka menilai aku kuat.ya mungkin juga aku kuat tapi apa yg mereka tak tahu. Aku cepat memendam rasa.

Aku risau akan ketidakpastian masa depan.

Kadang terlintas di hati,mungkin aku tak layak buat sesiapa.

Bahagia aku bila melihat mereka yang bakal disatukan kerna aku sendiri belum pasti apa aku juga berkesempatan utk merasa hal yang sama. Jadi,biarlah aku turut berbahagia akan berita itu. Sungguh dia insan yang bertuah.

Walhal aku masih terkontang kanting disini mencorak kehidupab aku yang aku kadangkala penat utk membawa langkah menempuh hari hari mendatang. Masaku terhad.

Kadang mereka tidak tahu apa yang harus aku lalui. Tidaklah seronok akan diri ini melakukan sesuatu hal kerna kau terikat akannya.

Jujur.

Kebebasan aku terbatas. Riadah bersama teman lain juga tiada. Peyang aku dihabiskan di stadium..
Gaya rumah kedua aku gamaknya.

Entahlah berapa lama lagi diri aku mampu bertahan. Aku juga tidak pasti akan hal itu kerna saban hari perasaan itu kian menjauh. Aku buat..aku buat kerna amanah..bukan kerna minat. Bukan.
Buat kau,aku hargai keberadaan kau disisi. Biar seleceh apa pun ragam aku,kau masih setia disitu..memujuk dalam lembut. Memberi nafas buat aku utk terus disini,gagah berdiri.

Terima kasih.